MANIFESTO LUMADAN

#MISIKITALUMADAN

Akademi Latihan Kemahiran Belia Lumadan

Melahirkan belia berkemahiran & berdaya saing

  • Mewujudkan Akademi Latihan Kemahiran Belia & Beliawanis Lumadan.

  • Menawarkan kursus jangka pendek serta tajaan latihan persijilan (seperti sijil offshore).

  • Membuka peluang meningkatkan pendapatan melalui kemahiran teknikal & vokasional.

Pembangunan Sukan & Bakat Belia

Menggilap bakat, menyemai semangat kesukanan

  • Menganjurkan liga-liga sukan dan e-sukan peringkat DUN Lumadan.

  • Menyalurkan bantuan kewangan khas kepada kelab belia di setiap kampung untuk penganjuran acara sukan.

  • Menjadikan sukan permotoran (autoshow & motorshow) sebagai acara tahunan sebagai simbol sokongan kepada minat belia.

Pendidikan untuk Generasi Lumadan
Semangat Kesukarelawan Belia

Membina komuniti prihatin dan penyayang

  • Memperkasa NGO Belia & Beliawanis agar aktif dalam program kesukarelawanan.

  • Menerapkan nilai tolong-menolong & semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Kebajikan & Keselamatan Rakyat

Kebajikan dijaga, keselamatan diutamakan

  • Program “Satu Kampung, Satu Bot” bagi kampung sering dilanda banjir.

  • Van Jenazah Percuma DUN Lumadan dan Ambulan Komuniti Lumadan.

  • Usaha mewujudkan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di kawasan DUN.

  • Kerjasama dengan jabatan berkaitan dalam menangani masalah banjir.

  • Inisiatif menghidupkan semula pusat pelancongan Lumadan.

Khusus Wanita Lumadan
  • Menubuhkan Dana Usahawan Wanita Lumadan untuk membantu wanita

  • memulakan atau mengembangkan perniagaan kecil melalui geran permulaan, latihan dan bimbingan.

  • Menyediakan kursus kemahiran moden seperti pemasaran digital, jahitan, kulinari, dan kraftangan bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

  • Mengangkat suara wanita melalui dialog berkala bersama pemimpin untuk memastikan suara mereka didengar.

  • Menggalakkan penyertaan wanita dalam sektor agro pertanian melalui skim Wanita Tani Lumadan

Ilmu asas kemajuan masyarakat

  • Majlis Apresiasi Sekolah peringkat DUN Lumadan bagi menghargai murid cemerlang.

  • Program “YB ke Sekolah Mana Hari Ini?” dijalankan secara berkala.

  • Bantuan kewangan one-off kepada anak Lumadan yang berjaya ke IPTA/IPTS.

  • Bantuan laptop percuma kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.